TAHUN 4

CONTOH KARANGAN

Karangan Jenis Bergambar

Karangan Bergambar Tunggal

· Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang
      telah disediakan.
· Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan 
      lebih jelas.
· Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam . Pastikan apa yang 
      berlaku, apa yang dikerjakan dan suasana.
· Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan 
      sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.   
· Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk 
      karangan.

 Karangan Bergambar Bersiri

· Karangan hendak berpandukan gambar-gambar yang telah disediakan.
· Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak 
       ditulis.
· Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar .
· Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa-
      peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut
      urutan atau susunan.  
· Boleh menyertakan tajuk , tetapi tidak menjadi kemestian.
      
         
Karangan Jenis Autobiografi

 1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda 
     sebagai sesuatu benda secara terperinci.
 2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
 3. Boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
 4. Aturan membina karangan
 · tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus
 · perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - 
      bertukar milik
 · proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
 · perasaan - sedih atau gembira
 5. Boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan 
    manusia.
 6. Paparkan nilai-nilai murni.

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk "Aku Sebuah Basikal"

 Pengenalan                    
- berasal dari Jepun
- dibuat di sebuah kilang besi waja
- terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
 Perenggan ke-2            
- disebut basikal
- dipamerkan
- berasa sungguh gembira
 Perenggan ke-3            
- menaiki sebuah kapal dagang
- berasa sungguh bangga
 Perenggan ke-4           
- nasib malang
- kapal karam
- dijumpai oleh penyelam
- dijual sebagai besi buruk
 Penutup                         
- menjadi bahan terbuang
- kesal kerana tidak dapat berbakti

Contoh:
         Aku berasal dari Negara Matahari Terbit. Aku dibuat di sebuah kilang besi 
 waja yang tidak besar .Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan 
 plastik.

        Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -
 kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh
 gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.

        Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal 
 dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar 
 ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu,aku mendapati 
 ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.

        Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku 
 lemas. Setahunkemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu 
 badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawaaku dan kawan-kawanku
 ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.

        Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang  
 sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

            
Tajuk : Aku sehelai baju

           Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku 
 dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga 
 yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.

            Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis 
 bernama Linda.Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja
 kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka semua memuji kecantikan yang
 aku miliki.

            Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat  
 badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.

            Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan 
 aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. 
 Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis 
 kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

            Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. 
 Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya
 menjadi penghuni setia almari usang.

Penggunaan Kata Adjektif dalam Penulisan

Latih Tubi



  

No comments:

Post a Comment